-->
        akaun pilihan kami

Friendster Layouts

Saturday, 22 September 2012

kerinduan pada ketika ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak ketika di bangku sekolah membuat diri ini semakin bersemangat untuk meneruskan lagi perjalanan pengajian atau proses menuntut ilmu ini seolah-olah tidak kenal erti jemu menatap ilmiah yang menerangi hati setiap insan yang membaca dan memanfaatkan bait-bait ilmu itu.... sungguh ilmu itu milik ALLAH dan sudah semestinya ilmu itu mutlak milik ALLAH hinggakan habis seluruh lautan dan juga habis setiap kayu-kayan di muka bumi ini untuk menulis atau mencatat ilmu ALLAH itu nescaya tidak akan cukup untuk merungkai ilmu ALLAH... masyaALLAH, subhanALLAH sungguh terasa seperti diri ini terlalu kurang ilmu didada dan diri ini terasa sungguh daif jika ingin sombong dengan secebis ilmu di dada ini hatta ALLAH jualah yang meminjamkannya kepadaku...
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)


PADA saat ini dihadapan mataku seolah-olah aku melihat sebuah tayangan yang menayangkan kembali zaman persekolahan yang begitu menyeronokkan dan hinggakan pada masa itu dan tidak pernah aku mampu untuk kembali seronok seperti itu lagi hari ini di dalam usia yang tidak membolehkan daku bersikap demikian namun dengan kenangan dan keseronokan yang pernah mengukir diri ini hingga menjadi seorang insan yang merasakan bahawa segala nikmat itu ternyata pinjaman semata-mata dan hatta dengan itu rasa bersyukur padamu YA RAB YA ALLAH daku kini mampu tersenyum dengan bahagia dan dapat merasakan bahawa diri ini begitu menghargai setiap detik yang kian melewati daku saban hari ALHAMDULILAH ya ALLAH...
sungguh entry ini tidak ada kaitan dengan tajuk kita ini namun intipatinya adalah coretan daku sebagai hamba ALLAH yang lemah lagi hina ini
BY : JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson

semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 11:06 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 21 September 2012

secara amnya apabila sesebuah keputusan telah di buat dan keputusan yang telah dibuat itu telah dilaksanakan maka secara tidak langsung segala kejadian selepas itu adalah tidak wajar untuk di sesalkan bak kata pepatah sesal dulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna...
didalam era yang penuh pancaroba ini kita seharusnya bijak untuk mengatur langkah dan juga strategi untuk masa depan yang cerah. Jika di bayangkan sekirannya pendidikan seseorang itu tidak dapat menjamin masa depannya bagaimanakah seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini ditengelami arus pemodenan ini. Telah nyata bahawa dengan pendidikan sahajalah mampu untuk memacu seseorang itu untuk menggapai segala angan dan impian selama ini. Oleh itu bagi saya adalah amat digalakkan untuk kita semua untuk menyambung pengajian terlebih dahulu kerana kerja tidak akan pernah lari sesuai dengan kelulusan kita ,sementara itu menyambung pengajian akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak memulakan nya dari usia muda lagi kerana bagi saya jika kita dalam usia yang terlalu berusia mahu menapak dalam pengajian pada tahap Diploma atau sijil adalah perkara yang mustahil, namun begitu jika seseorang itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dari SPM contohnya sijil atau Diploma sudah pasti dia boleh menyambung pengajian dalam sarjana muda walaupun sudah bertahun-tahun seseorang itu bekerja.


Namun begitu sebagai insan yang beragama islam tuntutan untuk menuntut ilmu yang hanya mencari keuntungan kepada unsur dunia adalah tidak sepatutnya di amalkan oleh kita sesuai dengan hadis dibawah :

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود وابن ماجه)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaanAllah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatubahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
 penerangan:
Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia, buruk padahnya.
      oleh yang demikian ilmu itu sebenarnya terlalu rahsia sehinggakan tidak dapat di kongsi atau dirungkai oleh manusia biasa  seperti kita secara mutlak atau dalam erti kata lain bahawa ilmu it adalahlah milik ALLAH. sebagai khalifah di bumi ini hendaklah kita menuntut ilmu dunia dan juga ilmu akhirat agar diri ini sentiasa selamat dari segala ke jahilan mengenai sesuatu perkara. Setelah ilmu itu penuh didada baharulah tiba masanya untuk kita menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan juga yang terbaik bagi setiap bidang yang kita ceburi. Tuntasnya kerja dan juga belajar adalh sesuatu yang tidak boleh dipisahkan belajarlah kita bagi menjamin masa depan dan juga masa depan di akhirat kelak jangan pula di lupakanj begitu sahaja. Oleh itu jangan pernah utuk berhenti menaruh harapan untuk menyambung pengajian kita walaupun pada masa tersebut kita sudah berada dalam jawatan yang begitu yang disegani kerja juga adalah merupakan perkara yang wajib untuk kita laksanakan agar kita dapat berbakti dan juga dengan bekerja ini dapatlah kita menampung kehidupan yang penuh dengan cabaran ini dan kita akan lebih bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan mendatang apabila kita mempunyai pekerjaan yang menjamin pekerjaan dan semua itu pokok pangkalnya adalag bermula dengan pendidikan atau pengajian kita.

BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson



semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 02:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 20 September 2012




ok sambung lagi cerita, harap-harap pembaca tak bosan tau bace cerita kami.. huhu.. Study, study dan study memag senang kan study ni tp bagi mereka yang betul-betul nak study la yang sekadar nak main-main supaya orang lain bangga kan kita,baik tak payah .  kerja je la lagi bagus . Ok kalau nak study ,awak-awak nak time study yang macam mana ? biasa la budak-budak sekarang kan . Ada yang nak study sambil kerja dan ada yang study fulltime. Dua-dua boleh je, ikut kehendak masing-masing lah. Bagi saya baik kita belajar fulltime. Sebabnya kita akan dapat meluangkan masa untuk beriadah, enjoy dan menumpkan kepada pelajaran, tapi bila study sambil kerja ni agak sukar lah bagi saya yang tidak pernah lagi, tapi bagi mereka-mereka diluar sana yang buat kerja sambilan ni tak tahu lah macam mana kan. Kadang mereka bukan nak sebenarnya,  memandangkan keluarga susah dan masih mahu berjaya dan bersungguh-sungguh untuk belajar, mereka akan semampunya melakukan sebegitu. Dan apabila study partime kita dapat terus mempraktikkan apa yang diajar lecterur terus ke kedaan semasa . Secara mudahnya kaitan antara teori dn praktikal saling berlaku di tempat kerja. 
Hakikatnya tidak salah pun kerana meraka masih mahu belajar,satu sikap yang sangat bagus. Meraka pasti mahukan     
kejayaan dalam hidup dan masa hadapan yang lebih cerah, kerana ilmu ni sangat sanagat penting dan boleh digunakan sampai bila-bila dan tak kan hilang ditelan zaman. bak kata pepatah "TAK LEKANG DEK PANAS TAK BASAH DEK HUJAN "..... Ha cerita pasal pekerjaan pulak lah ye. Kalau dah kerja ni lebih senang sebab da dapat duit dengan titik peluh sendiri kan dan boleh digunakan sendiri. Nak ini Nak itu dah boleh beli dengan duit sendiri. Tp kene la bijak gunakan duit tu , simpan untuk masa tua nanti, kalau yang masih bujang tu, mesti la sedikit sebanyak nak kena simpan juga. sedikit sebanyak kena bagi kat ibu ayah walaupun mereka tak minta . Ini sebagai tanda menghargai jasa mereka yang telah mengasuh kita sejak dari lahir sehingga pandai melayan diri sendiri. Em kalau dah kerja itu, jangan lah asik nak pikir duit,duit dan duit ea maknanya gajilah kan HEHEHEK!....Kerja mestilah rajin yang penting,buat kerja tu,biarlah bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur. Lagi-lagi kalau dah pegang jawatan tinggi, jangan lah nak ego lagi tinggi ea, suruh orang bwahan je buat kerja. Seronok juga bila dah kerja ni, tapi tanggungjawab makin la besar kan. Nak menguruskan kewangan kita, perbelanjaan seharian, apa-apapun pikir la secara matang sebelum membuat keputusan ye..Apa yang kita buat adalah yang terbaik untuk kita..bye-bye
ASSALAMUALAIKUM...



by:RIA NITA 

semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 23:49 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest


Hai semua yang membaca blog kami ini,bertemu kembali kita dengan tajuk yang sama..apa dia??..STUDY OR WORK la kan.. Study ni sangat best sebab kita akan jumpa pelbagai ragam manusia dan yang lebih penting pelbagai ilmu kerana niat kita nak belajar so kena la belajar bersungguh-sungguh . Nak enjoy tu boleh tapi jangan terlebih enjoy. Sebab kita belajar ni bukan pakai air liur bayarnya, banyak guna wang ayah ibu ..ye tak ??. So kita lah beringat-ingat, kesian ayah ibu kita kerja semata-mata nak melihat anak dia senang, kita tak tahu mereka banyak habis tanaga kepada kita, lagi-lagi yang belum pernah merasa alam pekerjaan . Penat tau kerja ni, kene perah tenaga, otak . Perh yang lebih sakit perasaan la an. boleh jadi tekanan perasaann kang.. eaceehh lari tajuk sudah, tapi mmg betul la kawan-kawan. Pelbagai cabaran dan masalah lagi berat akan kita dapat jika da bekerja nanti. Oleh itu, selagi dapat belajar guna kan masa yang ada ni dengan sebaik mungkin "MASA ITU EMAS" . Lagi satu jika kita  bersungguh-sungguh time belaja ni, kelak kita tak akan menyesal. Dan jika  ada rezeki kita, InsyAllah, lepas belajar kita akan dapat kerja yang setimpal dengan usaha kita. Ha, bila da kerja pulak, jadilah seorang pekerja yang dedikasi dan bertanggugjawab dalam menjalankan tugas. Nantikan bos akan sayang kita HAHA!..yekyek jep kan..OK sampai sini je post saya..



RIA NITA

semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 22:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
heyyyyyyy... jumpa lagi kite kt blog ni jgak,hhehehe ,kali ni sye nk ckp sikit sal perskitaran belajar atau kerja kite,first msty la nk persekitaran yang sesuai,Kalau nak bekerja atau belajar pastikan persekitaran bersesuaian dengan pekerjaan yang hendak dibuat. Kalau boleh biar selesa tapi jangan sampai terlampau selesa…selain itu
Sediakan peralatan yang akan digunakan,Pastikan semua peralatan yang akan digunakan disediakan terlebih dahulu. Pastikan juga semua peralatan tersebut mudah dicapai. Kenapa perlu dekat dengan kita? Supaya fokus kita tidak terganggulah.Jauhkan semua gangguan yang boleh menyebabkan kita hilang fokus. Contoh? Tutup web browser, tutup telefon bimbit dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan..
blajarlah.....Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. So ingt la belejar dan kerja penting.. belajar untuk menambah ilmu yg tidak cukop pai bile2, manakala kerja dilakukan untuk mencari rezeki yg halal..ini jew yg dpt sye wt tok mse ni,, jmpa lagi di mse dan hari yang len ae..  papai..  wslm

By :Maya sulastri

semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 22:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest



kerja atau belajar??
bagi awk smua mana lagi best..kerja,kerja,kerja atau belajar,belajar,belajar..*errr..saya tak nak dua-dua..nak shopping n happy  je..heehee..pada saya kita belajar untuk bekerja..tapi kadang apa yang kita belajar tu tak sama dengan  kerja yang kita lakukan..betol tak,btol tak..kadang-kadang ada lulusan tinggi-tinggi pun susah nak dapat kerja..kalau ambil course doktor tu insyaAllah la dapat kerja,tpi sye x minat dokter eee ngeri la tngok darah...hurmmm..bila dah kerja rindu pula nak study balik..macam mana ni..kalau tak belajar tinggi-tinggi susah pula nak dapat kerja..even tukang sapu sampah pun dia nak kelulusan SPM..belum lagi jawatan yang tinggi..kalau zaman dulu-dulu , kalau ada minat senang je dapat kerja..kalau dulu budak kampung dapat masuk universiti..kecoh satu kampung..kalau boleh nak berarak satu kampung..tapi sekarang budak kampung dapat masuk unversiti..hurmmm..perkara biasa je..malahan budak kampung lagi banyak masuk universiti sekarang ni..*jangan pandang sebelah mata dekat budak kampung ye kalian..pandang pakai dua belah mata k..sekarang ni nak masuk universiti kena pandai pilih course..kena la cari yang ada peluang kerja yang banyak..ini memudahkan kalian bila dah habis belajar tak la jadi penganggur tahap pertama dekat rumah hahahaha   ..saya pun tak tahu lagi habis diploma ni nak continue degree or kerja..kalau korang nak pilih yang mana..*kawin jela senang..hehehhe   kursus kawin pown da ade....kidding...maybe habis diploma..kerja kejap...then continue with degree. amin insaAllah..doakn ye..  :)

By : Maya Sulastri

semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 22:04 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest


Bila korang tengok tajuk ni mesti korang dah tau pasal apa kan.. Antara sambung belajar dan terus bekerja.. mana satu menjadi pilihan anda?
Cerita ini atas dasar pengalaman saya dalm memilih sama ada berkerja atau belajar.
Dalam situasi saya, saya sedang bekerja.. dan dalam masa yang sama, minggu depan (28 march 2011) akan keluar keputusan SPM/UPU lepasan STPM/Diploma.. saya nie takde la pandai mana pun.. Takat baru abeh SPM je  itupon belom dapat tahu keputusanya lagi.. Macam dalam dilema, tapi takdelah dilema mana pun sebab saya tengah seronok bekerja…haha..
Ramai juga yang cadangkan saya belajarsambil kerja  part time.. Tapi kerja saya  sekarang memang tak mengizinkan untuk saya belajar pada hujung minggu.. Kerja di swasta cuti tak tetap.. Kalau kerja kerajaan, memang senang nak sambung belajar..
Zaman sekarang memang perlukan degree.. Tapi nanti bila dah dpt degree, nak kena susah payah balik cari kerja.. Tapi tak mengapa, tak perlu pikir lagi sebab tunggu sahaja keputusan UPU..haha! Nak tengok kena ‘loteri’ ke tidak..haha!
Dalam situasi ini juga ramai yang member pendapat untuk saya sambung belajar. kata mereka biar kita ada segulung sijil untuk masa hadapan. Maklumlaa sekarang ini kerja mana nak pakai sijil SPM lagi.. semua nak menggunakan sijil IPT atau KEMAHIRAN.
Jiga kita ada sijil iti macam-macam boleh kita dapat. Dalam waktu belajar kita perlu mempertimbangkan kos kewangan .. kerana dalam belajar juga kita memerlukan wang yang banyak. Lagi-lagi kalau kita belajar dekat swasta.. kalau kerajaan boleh dapat duit sara hidup.. siapa yang mampu kn J .. memang semua orang nak belajar tapi bila pikir pelaburan wang ,,, huhhhhhh tak sanggup kot kn ..


by : siti zulaiha

semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 13:33 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

( VISITOR )

Free Web Counter
Online Reservations
assalamualaikum .. bertemu lagi dalam blog kami yang tak seberapa nie .. tapi kan walaupon x cantik tapi kami tetap usaha nk siap blog nie samaII :) .. kami tak pakar IT tapi kami pakar AKAUN .. huhuh :D

Followers

I Love ???), url(I Love ???), auto;}
Welcome Comments Pictures
Click Here to Get More Images @ MyNiceProfile.com
My photo
we're student
View my complete profile

JACKSON

JACKSON
DPA360323

ZAITON

ZAITON
DPA360351

MAYA SULASTRI

MAYA SULASTRI
DPA360332

SITI NUR HIDAYAH

SITI NUR HIDAYAH
DPA360352

SITI ZULAIHA

SITI ZULAIHA
DPA360349

RIA NITA LASTARI

RIA NITA LASTARI
DPA360329


sudah bace sile komen yee .. kalo kamu sume tak komen saye tumbuk muke kamu .. :)

Animated Pictures Comments Pictures
Click Here to Get More Images @ MyNiceProfile.com

Blog Archive

  • ▼  2012 (20)
    • ▼  September (20)
      • kerinduan pada ketika ini mengimbau kembali z...
      • secara amnya apabila sesebuah keputusan te...
      • ok sambung lagi cerita, harap-harap pembac...
      • Hai semua yang membaca blog kami ini,bertem...
      • heyyyyyyy... jumpa lagi kite kt blog ni jgak...
      • kerja atau belajar?? bagi awk smua man...
      • Bila korang tengok tajuk ni mesti korang d...
      • Hai,slamat mlm semua..ttgh pg bute yg heni...
      • study or work????  Ramai mempunyai pendapa...
      • Dan post yang seterusnya ini pulak mungk...
      • Ok kawan-kawan, post kali ni saya nak ...
      • Ha,,!!!!   Tajuk saye ary ni BELAJAR atau ...
      • Ok,antara kerja dan belajar. Mestilah ramai ...
      • Ok,sekarang bekerja pula. Penting ke bek...
      • sambung belajar atau kerja ?
      • Pendidikan adalah sesuatu yang tidak d...
      • "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke li...
      • Study or work ? Dalam dunia ini semua pekara sem...
      • STUDY OR WORK????? 1)Mestilah saya pilih untuk s...
      • kami masih baru dalam blog





Travel theme. Powered by Blogger.