-->
        akaun pilihan kami

Friendster Layouts

Thursday, 20 September 2012


Ok,antara kerja dan belajar. Mestilah ramai yang akan pilih belajar,betul tak kawan-kawan?? Begitu juga saya, kerana dengan pelajaran atau ilmu yang kita pelajari atau akan dipelajari memberi banyak faedah kepada kita, bukan itu saja semua orang mesti nak hidup selesa dan nak masa hadapan yang cerah, dengan sebab itulah kita harus belajar dan kerja. Ingat, jika hendak menyambung pelajaran ke pengajian tinggi mesti dengan niat sendiri nak belajar dan betul-betul ikut naluri sendiri, bukannya terikut-ikut kawan ok. Ilmu ini sangat bermakna sapanjang hidup dan  bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu sekiranya kita mahukan terbaik dalam kehidupan kita bak kata pepatah "TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGERI CINA" kerana ilmu tiada batasnya. Ha,harus semua tahu, apabila kita belajar kita memerlukan wang untuk  dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar, kita mestilah bijak menggunakan wang. Mana taknya kan nak makan, print assigment, bayar yuran kelab kat kampus dan macam-macam lagi lah. Oleh itu,kena lah bijak gunakan wang dengan sebaik mungkin kan kawan-kawan. Sebagai pelajar, lagi-lagi yang memang ambil kos perakaunan seperti kami ini, kita boleh buat buku simpan kira-kira perbelanjaan, supaya kita dapat tahu kemana kita gunakan duit itu, berapa banyak dalam sehari.  Dengan secara tidak sengaja juga, kita akan dapat memahirkan subjek pengiraan yang ada dalam kos perakaunan kita. Pelbagai formula yang ada kita dapat ingat jika kita rajin kaitan kehidupan seharian dengan subjek yang kita ambil ini.  Selain itu, tidak salah jika kita hendak kerja, tapi kita harus tahu memang sukar nak dapat kerja yang senang dan gaji yang tinggi dengan pengetahuan dan kemahiran yang tidak seberapa yang kita miliki berbanding apabila kita telah miliki segulung sijil. Dalam dunia pekerja dan dalam dunia belajar sangat berbeza, kalau dah kerja pelbagai lagi cabaran dan dugaan kerja yang kita akan lalu. Tapi itu semua perkara biasa, lumrah kehidupan kan. Berbeza  ketika belajar, kita akan rase seronokan. Dah kerja dapat pengang wang sendiri, dapat simpan dalam bank dan yang paling penting kita akan rasa suka bila nak kan sesuatu barang tu kita boleh beli dengan sendiri dan secepat yang kita mahukan HEHE!..Tapi jangan boros yee.. Berbeza sangat-sangatkan dengan belajar, pegang duit ayah ibu bagi, nak ini nak itu minta kat ayah ibu.. betul tak?? HAHA!...Tak kira kerja atau belajar kita mesti bijak menguruskan pengaliran wang tunai kita. Lagi-lagi zaman yang semakin canggih kita akan lebih banyak menggunakan wang, walaupun wang bukan segala-galanya dalam kehidupan kita. Ketika belajar kita boleh menghasilkan wang juga, kita gunakanlah ilmu yang kita ada untuk menjana bisnes secara kecil-kecilan lah kan apa lagi,ye tak??..Apa-apapun BELAJAR DAN KERJA SAMA PENTINGNYA,CUMA KITA HARUSLAH MENGUTAMAKAN ILMU TERLEBIH DAHULU, tidak guna juga kalau kita berilmu tapi tak digunakan sebaik-baiknya,begitu juga walaupun kita bekerja 
dan miliki berjuta-juta wang tapi tidak berilmu, kita tidak akan dapat menggunakan wang itu 
untuk menghasilkan keuntungan kepada diri sendiri .

by   -ria nita-



semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 08:35
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

( VISITOR )

Free Web Counter
Online Reservations
assalamualaikum .. bertemu lagi dalam blog kami yang tak seberapa nie .. tapi kan walaupon x cantik tapi kami tetap usaha nk siap blog nie samaII :) .. kami tak pakar IT tapi kami pakar AKAUN .. huhuh :D

Followers

I Love ???), url(I Love ???), auto;}
Welcome Comments Pictures
Click Here to Get More Images @ MyNiceProfile.com
My photo
we're student
View my complete profile

JACKSON

JACKSON
DPA360323

ZAITON

ZAITON
DPA360351

MAYA SULASTRI

MAYA SULASTRI
DPA360332

SITI NUR HIDAYAH

SITI NUR HIDAYAH
DPA360352

SITI ZULAIHA

SITI ZULAIHA
DPA360349

RIA NITA LASTARI

RIA NITA LASTARI
DPA360329


sudah bace sile komen yee .. kalo kamu sume tak komen saye tumbuk muke kamu .. :)

Animated Pictures Comments Pictures
Click Here to Get More Images @ MyNiceProfile.com

Blog Archive

  • ▼  2012 (20)
    • ▼  September (20)
      • kerinduan pada ketika ini mengimbau kembali z...
      • secara amnya apabila sesebuah keputusan te...
      • ok sambung lagi cerita, harap-harap pembac...
      • Hai semua yang membaca blog kami ini,bertem...
      • heyyyyyyy... jumpa lagi kite kt blog ni jgak...
      • kerja atau belajar?? bagi awk smua man...
      • Bila korang tengok tajuk ni mesti korang d...
      • Hai,slamat mlm semua..ttgh pg bute yg heni...
      • study or work????  Ramai mempunyai pendapa...
      • Dan post yang seterusnya ini pulak mungk...
      • Ok kawan-kawan, post kali ni saya nak ...
      • Ha,,!!!!   Tajuk saye ary ni BELAJAR atau ...
      • Ok,antara kerja dan belajar. Mestilah ramai ...
      • Ok,sekarang bekerja pula. Penting ke bek...
      • sambung belajar atau kerja ?
      • Pendidikan adalah sesuatu yang tidak d...
      • "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke li...
      • Study or work ? Dalam dunia ini semua pekara sem...
      • STUDY OR WORK????? 1)Mestilah saya pilih untuk s...
      • kami masih baru dalam blog





Travel theme. Powered by Blogger.