-->
        akaun pilihan kami

Friendster Layouts

Friday, 21 September 2012

secara amnya apabila sesebuah keputusan telah di buat dan keputusan yang telah dibuat itu telah dilaksanakan maka secara tidak langsung segala kejadian selepas itu adalah tidak wajar untuk di sesalkan bak kata pepatah sesal dulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna...
didalam era yang penuh pancaroba ini kita seharusnya bijak untuk mengatur langkah dan juga strategi untuk masa depan yang cerah. Jika di bayangkan sekirannya pendidikan seseorang itu tidak dapat menjamin masa depannya bagaimanakah seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini ditengelami arus pemodenan ini. Telah nyata bahawa dengan pendidikan sahajalah mampu untuk memacu seseorang itu untuk menggapai segala angan dan impian selama ini. Oleh itu bagi saya adalah amat digalakkan untuk kita semua untuk menyambung pengajian terlebih dahulu kerana kerja tidak akan pernah lari sesuai dengan kelulusan kita ,sementara itu menyambung pengajian akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak memulakan nya dari usia muda lagi kerana bagi saya jika kita dalam usia yang terlalu berusia mahu menapak dalam pengajian pada tahap Diploma atau sijil adalah perkara yang mustahil, namun begitu jika seseorang itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dari SPM contohnya sijil atau Diploma sudah pasti dia boleh menyambung pengajian dalam sarjana muda walaupun sudah bertahun-tahun seseorang itu bekerja.


Namun begitu sebagai insan yang beragama islam tuntutan untuk menuntut ilmu yang hanya mencari keuntungan kepada unsur dunia adalah tidak sepatutnya di amalkan oleh kita sesuai dengan hadis dibawah :

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود وابن ماجه)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaanAllah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatubahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
 penerangan:
Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia, buruk padahnya.
      oleh yang demikian ilmu itu sebenarnya terlalu rahsia sehinggakan tidak dapat di kongsi atau dirungkai oleh manusia biasa  seperti kita secara mutlak atau dalam erti kata lain bahawa ilmu it adalahlah milik ALLAH. sebagai khalifah di bumi ini hendaklah kita menuntut ilmu dunia dan juga ilmu akhirat agar diri ini sentiasa selamat dari segala ke jahilan mengenai sesuatu perkara. Setelah ilmu itu penuh didada baharulah tiba masanya untuk kita menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan juga yang terbaik bagi setiap bidang yang kita ceburi. Tuntasnya kerja dan juga belajar adalh sesuatu yang tidak boleh dipisahkan belajarlah kita bagi menjamin masa depan dan juga masa depan di akhirat kelak jangan pula di lupakanj begitu sahaja. Oleh itu jangan pernah utuk berhenti menaruh harapan untuk menyambung pengajian kita walaupun pada masa tersebut kita sudah berada dalam jawatan yang begitu yang disegani kerja juga adalah merupakan perkara yang wajib untuk kita laksanakan agar kita dapat berbakti dan juga dengan bekerja ini dapatlah kita menampung kehidupan yang penuh dengan cabaran ini dan kita akan lebih bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan mendatang apabila kita mempunyai pekerjaan yang menjamin pekerjaan dan semua itu pokok pangkalnya adalag bermula dengan pendidikan atau pengajian kita.

BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson



semoga terhibur dengan blog kami :)

Posted by we're student at 02:12
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

( VISITOR )

Free Web Counter
Online Reservations
assalamualaikum .. bertemu lagi dalam blog kami yang tak seberapa nie .. tapi kan walaupon x cantik tapi kami tetap usaha nk siap blog nie samaII :) .. kami tak pakar IT tapi kami pakar AKAUN .. huhuh :D

Followers

I Love ???), url(I Love ???), auto;}
Welcome Comments Pictures
Click Here to Get More Images @ MyNiceProfile.com
My photo
we're student
View my complete profile

JACKSON

JACKSON
DPA360323

ZAITON

ZAITON
DPA360351

MAYA SULASTRI

MAYA SULASTRI
DPA360332

SITI NUR HIDAYAH

SITI NUR HIDAYAH
DPA360352

SITI ZULAIHA

SITI ZULAIHA
DPA360349

RIA NITA LASTARI

RIA NITA LASTARI
DPA360329


sudah bace sile komen yee .. kalo kamu sume tak komen saye tumbuk muke kamu .. :)

Animated Pictures Comments Pictures
Click Here to Get More Images @ MyNiceProfile.com

Blog Archive

  • ▼  2012 (20)
    • ▼  September (20)
      • kerinduan pada ketika ini mengimbau kembali z...
      • secara amnya apabila sesebuah keputusan te...
      • ok sambung lagi cerita, harap-harap pembac...
      • Hai semua yang membaca blog kami ini,bertem...
      • heyyyyyyy... jumpa lagi kite kt blog ni jgak...
      • kerja atau belajar?? bagi awk smua man...
      • Bila korang tengok tajuk ni mesti korang d...
      • Hai,slamat mlm semua..ttgh pg bute yg heni...
      • study or work????  Ramai mempunyai pendapa...
      • Dan post yang seterusnya ini pulak mungk...
      • Ok kawan-kawan, post kali ni saya nak ...
      • Ha,,!!!!   Tajuk saye ary ni BELAJAR atau ...
      • Ok,antara kerja dan belajar. Mestilah ramai ...
      • Ok,sekarang bekerja pula. Penting ke bek...
      • sambung belajar atau kerja ?
      • Pendidikan adalah sesuatu yang tidak d...
      • "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke li...
      • Study or work ? Dalam dunia ini semua pekara sem...
      • STUDY OR WORK????? 1)Mestilah saya pilih untuk s...
      • kami masih baru dalam blog





Travel theme. Powered by Blogger.