"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
"menuntut ilmu hingga ke negara China"
peribahasa atau penyataan di atas seringkali didengar oleh masyarakat dunia bahkan negara kita mahupun masyarakat kita juga tidak terlepas dalam menerima tempias fenomena ini sekaligus menggunakan ayat ini sebagai pembakar semangat untuk terus-menerus dalam menuntut ilmu walaupun baru saja menamatkan sarjana ataupun doktor falsafah sekalipun.
bagi segelintir masyarakat dunia menganggap bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang amat luas dan hal ini tidak dapat dinafikan lagi kerena sesungguhnya Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Namun begitu firman ALLAH TAALA ini bukanlah hanya membawa maksud kepada ilmu agama semata-mata kerana ilmu ini tidak boleh dikelaskan secara khusus bagi mengkelaskan ianya adalah sesuatu yang terlalu sukar cuma apa yang ada hanyalah ilmu itu hanya teori atau praktik ataupun ilmu itu harus dipraktikkan selepas seseorang itu menerima ilmu secara teori. Nah disinilah peranannya mengenai tajuk yang kita mahu bincangkan bersama mengenai SYUDY OR WORK ? tidak salah bagi seseorang itu untuk memilih untuk bekerja namun begitu biarlah kita memasuki alam pekerjaan itu dengan sijil iaitu ilmu atau dalam erti kata lain dimana kita haruslah belajar keperingkat yang lebih tinggi contohnya diploma sekurang-kurangnya. Hal ini kerana jika kita hanya belajar dan menamatkan proses pembelajaran dalam diri kita hanyalah di peringkat sijil pelajaran Malaysia (SPM) semata-mata adalah sesuatu yang amat tidak memadai kerana pada peringkat ini kita tidak akan dapat untuk meningkatkan lagi kewangan kita kerana secara logiknya dengan pendidikan kita setakat SPM sudah pasti gaji kita juga akan setimpal dengan pendidikan kita. Lantas itu bagi saya dengan continue study adalah lebih baik daripada kita terus bekerja setelah tamat SPM. Setelah menamatkan pengajian kita ke peringkat yang kebih tinggi bolehlah kita bekerja dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah segala ilmu yang dipelajari secara teori itu dapatkah di pratikkan semasa bekerja itu nanti. Walaubagaimanpun pendidikan atau proses bagi kita untuk mengejar ilmu bukanlah tamat disutu sahaja kerana ilmu ini amat meluas walaupun kita sudah bekerja tetapi apa salahnya mengambil kursus pengajian separuh masa di IPTA/IPTS yang menawarkan pengajian separuh masa ini maka pada masa yang sama dapatlah kita mencari pendapatan sambil kita menuntut ilmu agar kita dapat memantapkan lagi diri kita dalam dunia kerja yang seba moden ini dan mencabar dan sudah semestinya kita harus mengikuti arus pemodenan didalam kemajuan peralatan dan juga sistem syarikat yang kian hari kian berkembang. Tambahan pula sebagai orang islam kita sudah semestinya menuntut ilmu ini adalah fardu wajib bagi kita sesuai denga hadis yang ke-20
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
keterangan dari sabda Rasulullah adalah seperti yang berikut:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sesuatu pekerjaan itu tidak dapaat dijalankan dengan sempurna tanpa ilmu yang cukup dan ilmu itu biarlah bersesuain dengan bidang pekerjaan seseorang itu. Nahsudah geharu cendana pula sudah tahu bertanya pula jelas bahawa menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah langkah atau pilihan yang terbaik sebelum bekerja dan mendapat pekerjaan yang boleh menjamin masa depan anda. Namun begitu ini adalah pendapat saya semata-mata dan pendangan setiap individu semestinya berbeza-beza walau apa sekali pun pandangan anda mohon di komen di sini ya jangan di luar blog ini nanti boleh kite share pendapat masing-masing okey adios amigos...wassalammualaikum w.t.b...
BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson
BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson
No comments:
Post a Comment