“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia
telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Saturday 22 September 2012
Friday 21 September 2012
secara amnya apabila sesebuah keputusan telah di buat dan
keputusan yang telah dibuat itu telah dilaksanakan maka secara tidak langsung
segala kejadian selepas itu adalah tidak wajar untuk di sesalkan bak kata
pepatah sesal dulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna...
didalam era yang penuh pancaroba ini kita seharusnya bijak
untuk mengatur langkah dan juga strategi untuk masa depan yang cerah. Jika di
bayangkan sekirannya pendidikan seseorang itu tidak dapat menjamin masa
depannya bagaimanakah seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang serba
mencabar ini ditengelami arus pemodenan ini. Telah nyata bahawa dengan
pendidikan sahajalah mampu untuk memacu seseorang itu untuk menggapai segala
angan dan impian selama ini. Oleh itu bagi saya adalah amat digalakkan untuk
kita semua untuk menyambung pengajian terlebih dahulu kerana kerja tidak akan
pernah lari sesuai dengan kelulusan kita ,sementara itu menyambung pengajian
akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak memulakan nya dari usia muda lagi
kerana bagi saya jika kita dalam usia yang terlalu berusia mahu menapak dalam
pengajian pada tahap Diploma atau sijil adalah perkara yang mustahil, namun
begitu jika seseorang itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi dari SPM contohnya sijil atau Diploma sudah pasti dia boleh menyambung
pengajian dalam sarjana muda walaupun sudah bertahun-tahun seseorang itu
bekerja.
Namun begitu sebagai insan yang beragama islam tuntutan
untuk menuntut ilmu yang hanya mencari keuntungan kepada unsur dunia adalah
tidak sepatutnya di amalkan oleh kita sesuai dengan hadis dibawah :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى
بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ
وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا
لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ
الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ
الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو
داود وابن ماجه)
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang
tujuannya untuk mencapai keredhaanAllah,
sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatubahagian
dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau
syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
penerangan:
Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan
mendapat habuan dunia, buruk padahnya.
oleh yang
demikian ilmu itu sebenarnya terlalu rahsia sehinggakan tidak dapat di kongsi
atau dirungkai oleh manusia biasa
seperti kita secara mutlak atau dalam erti kata lain bahawa ilmu it
adalahlah milik ALLAH. sebagai khalifah di bumi ini hendaklah kita menuntut
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat agar diri ini sentiasa selamat dari segala ke
jahilan mengenai sesuatu perkara. Setelah ilmu itu penuh didada baharulah tiba
masanya untuk kita menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan juga yang
terbaik bagi setiap bidang yang kita ceburi. Tuntasnya kerja dan juga belajar
adalh sesuatu yang tidak boleh dipisahkan belajarlah kita bagi menjamin masa
depan dan juga masa depan di akhirat kelak jangan pula di lupakanj begitu
sahaja. Oleh itu jangan pernah utuk berhenti menaruh harapan untuk menyambung
pengajian kita walaupun pada masa tersebut kita sudah berada dalam jawatan yang
begitu yang disegani kerja juga adalah merupakan perkara yang wajib untuk kita
laksanakan agar kita dapat berbakti dan juga dengan bekerja ini dapatlah kita
menampung kehidupan yang penuh dengan cabaran ini dan kita akan lebih bersedia
dengan pelbagai kemungkinan yang akan mendatang apabila kita mempunyai
pekerjaan yang menjamin pekerjaan dan semua itu pokok pangkalnya adalag bermula
dengan pendidikan atau pengajian kita.
BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson
Thursday 20 September 2012
heyyyyyyy...
jumpa lagi kite kt blog ni jgak,hhehehe ,kali ni sye nk ckp sikit
sal perskitaran belajar atau kerja kite,first msty la nk persekitaran
yang sesuai,Kalau nak
bekerja atau belajar pastikan persekitaran bersesuaian dengan
pekerjaan yang hendak dibuat. Kalau boleh biar selesa tapi jangan
sampai terlampau selesa…selain itu
Sediakan
peralatan yang akan digunakan,Pastikan semua peralatan yang akan
digunakan disediakan terlebih dahulu. Pastikan juga semua peralatan
tersebut mudah dicapai. Kenapa perlu dekat dengan kita? Supaya fokus
kita tidak terganggulah.Jauhkan semua gangguan yang boleh menyebabkan
kita hilang fokus. Contoh? Tutup web browser, tutup telefon bimbit
dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan..
blajarlah.....Ilmu
itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga
harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu
kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. So
ingt la belejar dan kerja penting.. belajar untuk menambah ilmu yg
tidak cukop pai bile2, manakala kerja dilakukan untuk mencari rezeki
yg halal..ini jew yg dpt sye wt tok mse ni,, jmpa lagi di mse dan hari yang len ae.. papai.. wslm
By
:Maya sulastri
kerja
atau belajar??
bagi
awk smua mana lagi best..kerja,kerja,kerja atau belajar,belajar,belajar..*errr..saya tak nak dua-dua..nak
shopping n happy je..heehee..pada saya kita belajar untuk bekerja..tapi
kadang apa yang kita belajar tu tak sama dengan kerja yang kita
lakukan..betol tak,btol tak..kadang-kadang ada lulusan tinggi-tinggi pun susah
nak dapat kerja..kalau ambil course doktor tu insyaAllah la dapat
kerja,tpi sye x minat dokter eee ngeri la tngok darah...hurmmm..bila
dah kerja rindu pula nak study balik..macam mana ni..kalau tak
belajar tinggi-tinggi susah pula nak dapat kerja..even tukang sapu
sampah pun dia nak kelulusan SPM..belum lagi jawatan yang
tinggi..kalau zaman dulu-dulu , kalau ada minat senang je dapat
kerja..kalau dulu budak kampung dapat masuk universiti..kecoh satu
kampung..kalau boleh nak berarak satu kampung..tapi sekarang budak
kampung dapat masuk unversiti..hurmmm..perkara biasa je..malahan
budak kampung lagi banyak masuk universiti sekarang ni..*jangan
pandang sebelah mata dekat budak kampung ye kalian..pandang pakai dua
belah mata k..sekarang ni nak masuk universiti kena pandai pilih
course..kena la cari yang ada peluang kerja yang banyak..ini
memudahkan kalian bila dah habis belajar tak la jadi penganggur tahap
pertama dekat rumah hahahaha ..saya pun tak tahu lagi habis diploma ni nak
continue degree or kerja..kalau korang nak pilih yang mana..*kawin
jela senang..hehehhe kursus kawin pown da ade....kidding...maybe habis
diploma..kerja kejap...then continue with degree. amin insaAllah..doakn ye.. :)
By :
Maya Sulastri
Bila korang tengok tajuk ni mesti korang dah tau pasal apa
kan.. Antara sambung belajar dan terus bekerja.. mana satu menjadi pilihan
anda?
Cerita ini atas dasar pengalaman saya dalm memilih sama ada
berkerja atau belajar.
Dalam situasi saya, saya sedang bekerja.. dan dalam masa
yang sama, minggu depan (28 march 2011) akan keluar keputusan SPM/UPU lepasan
STPM/Diploma.. saya nie takde la pandai mana pun.. Takat baru abeh SPM je itupon belom dapat tahu keputusanya lagi..
Macam dalam dilema, tapi takdelah dilema mana pun sebab saya tengah seronok
bekerja…haha..
Ramai juga yang cadangkan saya belajarsambil kerja part time.. Tapi kerja saya sekarang memang tak mengizinkan untuk saya
belajar pada hujung minggu.. Kerja di swasta cuti tak tetap.. Kalau kerja
kerajaan, memang senang nak sambung belajar..
Zaman sekarang memang perlukan degree.. Tapi nanti bila dah
dpt degree, nak kena susah payah balik cari kerja.. Tapi tak mengapa, tak perlu
pikir lagi sebab tunggu sahaja keputusan UPU..haha! Nak tengok kena ‘loteri’ ke
tidak..haha!
Dalam situasi ini juga ramai yang member pendapat untuk saya
sambung belajar. kata mereka biar kita ada segulung sijil untuk masa hadapan.
Maklumlaa sekarang ini kerja mana nak pakai sijil SPM lagi.. semua nak
menggunakan sijil IPT atau KEMAHIRAN.
Jiga kita ada sijil iti macam-macam boleh kita dapat. Dalam
waktu belajar kita perlu mempertimbangkan kos kewangan .. kerana dalam belajar
juga kita memerlukan wang yang banyak. Lagi-lagi kalau kita belajar dekat
swasta.. kalau kerajaan boleh dapat duit sara hidup.. siapa yang mampu kn J ..
memang semua orang nak belajar tapi bila pikir pelaburan wang ,,, huhhhhhh tak
sanggup kot kn ..
by : siti zulaiha
Hai,slamat mlm semua..ttgh pg bute yg
hening lg bening nie sye ttbe lak ada idea nk smbung `post entry’ belajar
atau bekerja nie. Ok, mulakan dgn
bismilah. Perkara paling pnting dalam hidup setiap manusia dimuka bumi Allah
nie adalah ilmu,right? Ade sstengah orang ckp belajar lg pnting dri bkerja,ade
gak sstengah org ckp bkerja lg pnting dri blajar.tapi ade lagi org yg ckp dua2
pnting smpai dowg ckp bkerja smbil blaja..ha cam ner 2? Huhu,kbnyakkn pelajar
xsggop nk blajar smbil bkerja, xmau pegang risiko kate nye. Exam lg assgmnt lg
berat kn. Tapi mmg betol pon lepas abes
spm kte kne lebih pntingkan smbung pelajaran kte daripada plihan bkerja. Soalan
sy pd `post’ yg lpas 2 sy lebih memilih belajar kerana biar kte hilang duit utk
smentara waktu jgn kte hilang ilmu untuk masa yg akan berlalu…
Sekian utk post kali ini terima
kasih..wassalam..
by : zaiton
by : zaiton
study
or work???? Ramai mempunyai pendapat
mengenai itu., dimana ada yang berpendapat kerja lebih menyeronokkan sebab
dieorang daa memiliki duit sendiri boleh bli ape-apa je yang diorang nak... Mesti betul kan???? Betul punye laa... Lagi-lagi pada zaman yang
moden nie semua barang mahal , mesti nak guna duit.. Dengan kerja laa baru
dapat apa yang teringin dihati. <3
Tapi
pada saya tetap memilih study bukan sebab yang pernah saya post sebelum nie
ea.. Tu saje-saje je. Saya pilih study
sebab saya fikir dengan study laa dapat membantu menaikkan lagi taraf hidup
keluarga saya yang sederhana nie. Bercintalah dengan pelajaran , bertunanglah
dengan mengulangkaji ,berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah
dengan kerjayaan. Tapi x semua memilih untuk belajar disebabkan masalah-masalah
yang menyebabkan mereka tidak meneruskan pembelajaran.
Bagi
menampung pembelanjaan , ada sesetengah pelajar mengambil kerja sambilan untuk
mengurangkan beban keluarga.. Tapi ada sesetengah pihak beranggapan bahawa
kerje sambil belajar memberi kesan kepada pembelajaran dimana mereka sibuk
bekerja sehingga lalai dan abai dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah
mereka. Mereka juga akan merasa kepenatan apabila pada keesokkan harinya.
Banyak kebaikan dan keburukan disini.. Jadi
kepada mereka yang rase ingin belajar tidak salah mengambil tindakan untuk
bekerja sambilan tetapi pelajaran jangan diabaikan.. Bagi seseorang pelajar
mestilah mempunyai ciri-ciri dan sentiasa memikirkan tanggungjawabnye sebagai
seorang mahasiswa/siwi . Bagi yang bekerja mereka tidak perlulah terlalu
memilih kerjaya kerana dengan begitu ,, sampai bila-bila rezeki yang
menghampiri akan pergi begitu sahaja.. Jadi renung-renungkan dan selamat
beramal.
by : siti zulaiha
Dan post yang seterusnya ini pulak mungkin antara sebab-sebab kena pada sesetengah
yang memilih untuk bekerja. Nak tahu tak kenapa ada yang pilih bekerja.? Ok mari dengar cerita saya ini.
Mungkin rasa dah penat belajar. Mungkin sebab dah
terlalu lama belajar otak kita pun da tepu. Dan mungkin da tiba masa cari pengalaman nak bekerja pulak.
Dan mungkin ada yang dah tak larat nak belajar mungkin ada yang terlalu asyik stress
je kan sebab itulaa dia pilih untuk berkarja selepas SPM.
Biasala budak-budak selepas SPM
semua nak merasa pegang duit sendirikan ?
Dah terfikir-fikir pasal gaji.Kalau da kerja dah
boleh dapat gaji. Bolehlah nak beli kereta ke..rumah ke..kahwen ke...=). and bolehjugak
bantu family.Masalah kewangan. Mungkin jugak ada sesetengah yang
tak nak sambung belajar sebab terfikir masalah kewangan.Belajar pun
sekarang guna banyak duit..yuran lagi..asrama lagi..makan lagi...buku lagi..
macam-macam la tagungan untuk melanjutkan pelajaran ini kan. Susah
jugakan kalau nak belajar kalau ada masalah duit ini kan.Sebab itu jugala ada yang
segenlintir yang ingin berkerja dulu sebelum melanjutkan pelajara. Mungkin sebab dah ada duit nanti senang nak buat apa sahajakan
?
Sebenarnya semuanya ada pro dan kontra
die..so..bergantungla pada diri masing-masing. Kalau nak bercakap pasal pengalaman saya,
saya rasa ok je sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan yang dah bekerja pun ok
je life diorang. Sekarang ni kalau nak sambung belajar dah
ada macam-macam bantuan kewangan. Kalau nak sambung ijazah atau diploma tuada PTPTN,
JPA dan MARA.Kalau nak sambung PhD atau Master sekarang ni kerajaan dah
bagi bantuanMyBrain.Just apply je. Kalau Master
dia akan bayarkan yuran setiap sem kita. Tapi kita tak dapat duit poketla.Kalau PhD,
MyBrain akan bagi RM 2300 setiap bulan dan yuranakan dibayarkan sekali. So..tak rugi
pun sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan kerja hebat-hebat jeles jugak..hehe.
Kalau nak sambung Master, sekarang ni Master ade 2 jenis.
Master by research or Master by taught course. Kalau Master by taught course
ni, kita pergi kelas macam biasa dan ada final exam tapi kalau by research,
kena buat researchla. Tapi Master by research ni free jugakla, dia akan busy
waktu tertentu je. master by taught course ni jadualnya agak padat jugak. Kalau rasa
lepas belajar nak kerja di industri dinasihatkan ambil jela Master by taught course.
tapi kalau nak jadi pensyarah ke atau kerjakat R&D Department
kat syarikat-syarikat besar, diorang lebih prefer Master by research. Master by
research ni seronok jugak sebab dapat pergi conference sana sini, present paper kita.
kalau nasib kita baik, kita boleh publish paper. kalau dapat publish paper,
peluang nakdapat kerja agak senangj ugakla. Nanti kalau anda semua sambung belajar Master
or PhD, anda akan tahula konsep publish paper ni.
Okla kawan-kawan ini aje la yang dapat saya update tentang
BELAJAR ATAU KERJA. Saya harap anda semua dapat membuat keputusan yang
sebaiknya untuk masa hadapan.Bukan apa zaman sekarang ini kan banyak saingan kerja.
Jadi untuk nak dapatkan kerja yang bagus-bagus anda semua perlu pandai buat pilihan ye..J
by : siti nur hidayah
Ok kawan-kawan, post kali ni saya nak bercerita sikit pasal
sambung belajar atau bekerja? Mesti kawan-kawan ada yang was-was alagi nk buat
keputusan sama ada nak belajar atau nak kerja dan ramai rasanya yang tak berapa nak pasti nak
sambung belajar atau pun terus bekerja lepas habis diploma atau ijazah atau pun
sewaktu dengannyalah... Sebenarnya nak sambung belajar ni atau bekerja
bergantung pada diri masing-masing. So saya cerita ni berdasarkan pada
pengalaman saya sendiri. Mungkin ada beberapa sebab kenapa kita nak sambung
belajar dari bekerja. Antara mungkin sebab-sebab dia:
1) Mungkin anda semua dah ada target sendiri. Contohnya
memang anda dari lepas SPM lagi memang dah target nak sambung belajar sampai
PhD, Master, Ijazah dan sebagainya. Kiranya anda memang sudah ada tujuanlah
untuk sambung belajar dan capai cita-cita.
2) Ini pengalaman saya sendiri, saya rasa tak bersedia lagi
nak bekerja.Mungkin golongan macam saya ini ramai agaknya yang tak mahu bekerja
selagi tak dapat segulung sijil yang berharga. Mungkin belum tiba masanya saya
nak rasa hidup bekerja, maka saya pun sambungla belajar.
3)kalau ikut kawan-kawan.Ada gak sesetangah dari kita nak
sambung belajar sebab tengok kawan-kawan sambung belajar. Mungkin seronok agaknya
bila ramai-ramai belajar sama-sama dan graduate pun sama-sama.Dan ada juga
disebabkan family yang suruh..
4) Rasanya alasan yang paling selalu kita dengar, sambung
belajar sebab nak dapat kerja yang bagus-bagus apabila keluar dari kelompok
pelajar kn?..sekarang nak jadi pensyarah paling kurang pun perlukan
Master..Ijazah pun boleh jugak tapi mesti kena sambung belajar jugak nanti. Betul
tak kawan-kawan..
Ha,,!!!! Tajuk saye
ary ni BELAJAR atau KERJA?? Ape pilihan korang?? kalau nk di ikot saye g senang
keje twos dpt wet x ya gne wet mak bpk g,btol x?? tpi belajar pown penting jgak. adoi!!! pening pale... Dalam kehidupan ni belajar amat penting
tok mse skunk,untuk mencari ilmu pengetahuan yang lebeh,skrg lau x ad ilmu sush
tok idop,ley jdi kte diperbodohkan org kt luar sne. skrg pown da ad belajar
sambil kerja,nk crik wet lebey kate kan, kne ingt jgak lau da dpt duet siri mse
ngah blajo jgn lpe plajaran plak.mklum la budak2 skrg lau da dpt crik wet siri
akn lpe ngn plajaran. pelajaran penting tok mase dpn n ilmu yg kte dpt tu bkn
ilmu yg sng owg dpt,ingt blaja ni sng kew, x ad bnde yg sng. ibarat kate org,
'Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian'. hurmmm sye rase cukop lu la pai sni, k bye2
a'skum
By:maya sulastri
Ok,antara kerja dan belajar. Mestilah ramai yang akan pilih
belajar,betul tak kawan-kawan?? Begitu juga saya, kerana dengan pelajaran atau
ilmu yang kita pelajari atau akan dipelajari memberi banyak faedah kepada kita,
bukan itu saja semua orang mesti nak hidup selesa dan nak masa hadapan yang
cerah, dengan sebab itulah kita harus belajar dan kerja. Ingat, jika hendak
menyambung pelajaran ke pengajian tinggi mesti dengan niat sendiri nak belajar
dan betul-betul ikut naluri sendiri, bukannya terikut-ikut kawan ok. Ilmu ini
sangat bermakna sapanjang hidup dan
bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu sekiranya kita mahukan terbaik
dalam kehidupan kita bak kata pepatah "TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGERI
CINA" kerana ilmu tiada batasnya. Ha,harus semua tahu, apabila kita
belajar kita memerlukan wang untuk dalam
menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar, kita mestilah bijak menggunakan
wang. Mana taknya kan nak makan, print assigment, bayar yuran kelab kat kampus
dan macam-macam lagi lah. Oleh itu,kena lah bijak gunakan wang dengan sebaik
mungkin kan kawan-kawan. Sebagai pelajar, lagi-lagi yang memang ambil kos
perakaunan seperti kami ini, kita boleh buat buku simpan kira-kira perbelanjaan,
supaya kita dapat tahu kemana kita gunakan duit itu, berapa banyak dalam
sehari. Dengan secara tidak sengaja
juga, kita akan dapat memahirkan subjek pengiraan yang ada dalam kos perakaunan
kita. Pelbagai formula yang ada kita dapat ingat jika kita rajin kaitan
kehidupan seharian dengan subjek yang kita ambil ini. Selain itu, tidak salah jika kita hendak
kerja, tapi kita harus tahu memang sukar nak dapat kerja yang senang dan gaji
yang tinggi dengan pengetahuan dan kemahiran yang tidak seberapa yang kita
miliki berbanding apabila kita telah miliki segulung sijil. Dalam dunia pekerja
dan dalam dunia belajar sangat berbeza, kalau dah kerja pelbagai lagi cabaran
dan dugaan kerja yang kita akan lalu. Tapi itu semua perkara biasa, lumrah
kehidupan kan. Berbeza ketika belajar,
kita akan rase seronokan. Dah kerja dapat pengang wang sendiri, dapat simpan
dalam bank dan yang paling penting kita akan rasa suka bila nak kan sesuatu
barang tu kita boleh beli dengan sendiri dan secepat yang kita mahukan
HEHE!..Tapi jangan boros yee.. Berbeza sangat-sangatkan dengan belajar, pegang duit ayah ibu bagi, nak ini nak itu minta kat ayah ibu.. betul tak?? HAHA!...Tak kira kerja atau belajar kita mesti bijak menguruskan pengaliran wang tunai kita. Lagi-lagi zaman yang semakin canggih kita akan lebih banyak menggunakan wang, walaupun wang bukan segala-galanya dalam kehidupan kita. Ketika belajar kita boleh menghasilkan wang juga, kita gunakanlah ilmu yang kita ada untuk menjana bisnes secara kecil-kecilan lah kan apa lagi,ye tak??..Apa-apapun BELAJAR DAN KERJA SAMA PENTINGNYA,CUMA KITA HARUSLAH MENGUTAMAKAN ILMU TERLEBIH DAHULU, tidak guna juga kalau kita berilmu tapi tak digunakan sebaik-baiknya,begitu juga walaupun kita bekerja
dan miliki berjuta-juta wang tapi tidak berilmu, kita tidak akan dapat menggunakan wang itu
untuk menghasilkan keuntungan kepada diri sendiri .
by -ria nita-
Wednesday 19 September 2012
Ok,sekarang bekerja pula. Penting ke bekerja selain belajar nie?? Memang,pada era globalisasi masa kini wang bukan la segala-gala nya tetapi,segala-gala nya memerlukan wang. Betol x?? mmg btol seratus peratus la rasanye. Sekarang barang semua nye mahal xmcm dlu. Dlu gula-gula seposen ley dpt 3 sekarang nie gula-gula 20 sen dpt 1 jew. Xde lg dpt 3 mcm dlu, zaman dah berubah dan berputar semakin hari harga barang semakin melambung naik seperti darah tinggi apabila marah makin naik tingginye. Cett…cter psal apa lak drah tinggi nie. Xde kne mngena pon. Huhu.
Ok Bila bekerja kte akan mempunyai duit sendiri kn,kte pegang duit dari hasil titik peluh kte sndiri. Kalau masa sekolah dlu kerja kte abeskn beras mk bpk jew. bile Kte da kerja lain cter nye apa yang kte nk,apa yg kte inginkn kte mampu utk milikinya kn? Nk beli tpup berapa banyak pon boleh,bahkan nk tanggung anakdara org pon boleh. Itu bgi lelaki la kn,xkn pompuan nk tnggung ankdara org kalau tanggung ank sndri 2 ye la kn.hehe. melalut pulak. Ehem,ehem..ok siyes blek. Xde ap sgt la nk cter psal bekerja nie. Apa lg kebaikan bekerja nie ye? Bley ssper btau x? bnyk btol soalan yang sy tnye nie kn..
Bekerja dan belajar nie bnyk gak la beza nye. Antaranya bila kte da bkerja nie kte xdpt duit raye,tapi kte yg kne bg duit raye kat org kn, kalau belajar kte dapat duit daripada org yg bkerja. Ble kte bkerja kte yg kne fikirkan bila api,air apa yang kte nk mkn,duit utk kperluan seharian,tapi kalau belajar pula kte di tanggung, bil api,air,mkn,pkai sume nye kte ditanggung even duit tpup pon dowg yg bg. Xpon kte yg mntak ngan mk kn? Mst semua pelajar prnah wat bnde yg sme kn,hehe. Kesimpulannya dua-dua sgt penting dalam diri setiap insan di muka bumi Allah ini. Jadik, kte kne fikir apa yang baik buat diri kte.
Tetapi apa2 pon kte kne pentingkan pelajaran dan menimba ilmu kerana duit boleh habis tetapi ilmu smpai bile2 ia ttap ada. Ad pepatah mengatakan timba ilmu smpai ke liang lahad. Pernah dgr x? bg yg pnah 2 bgos la. Yg xpnah dgr nie xtau nkckp per. Huhu..sy ad soalan, lepas SPM kte diberi 2 plihan antara bekerja dengan mndapat pendapatan RM 15 000 dlm stahun atau belajar yg kte akan gunakan RM 15 000 dalam stahun 2? Ce bg pndapat ngkorang mne yg ptot plih. Buat plihan yang tepat,ini dinamakan kos lepas ye. Apabila kte telah mmbuat plihan prtama, plihan kdua trbaik trpakse dilepaskn.. btol x? ce komen ckit beri pndpat korg k…terima kasih..
by : zaiton
sambung belajar atau kerja ?
Assalamualaikum Hai semua,alhamdulilah saya masih lagi bernafas di bumi Allah yang indah ini dan dapat la saya menge`post’ entry pada pagi yang indah lagi mulia ini.apa pendapat anda semua tentang belajar dan bekerja ini ye?? Boleh bagi idea,mst sume org ad idea nk bagitau psal tajuk kte skrg nie kn.ok la saya mulakan dulu ea. Pendapat saya pasal belajar dan bekerja rasanya dua2 elok.ok,cter psal belajar dlu. Manusia pada zaman sekarang nie memang perlukan ilmu. kalau tiada ilmu di dada kte mst sesat kn. Contohnye andai kata la kte pergi melancong sesorang ke luar negeri,luar negeri ye bukan luar Negara hehe.
Smbung blek cter,kalau kte nk crik tmpat yg kte nk pegi xkn stiap tmpat nk bace pmberitahuan kne tnye org kn?? Kang x psal2 kte kne tipu,nk pegi timur dibawak nye ke utara. Makin jauh la jdik nye perjalanan kte 2. Mne tau la bwk duit ckup2 mkn jew,xke pokai jdik nye. tercengang tgk org beli barang. So,kte kne kejar ilmu bukan ilmu 2 sndri dtg jmpe kte n ckp ‘aku nk bg ko ilmu nie’ xde kn?? Hehe..kte kne pndai crik ilmu kat dunia nie, sekarang zaman serba moden segala-galanya perlu kn ilmu. Kalau kte da bkerja kte kne `outstation’ fuhh,,pengsan kalau xde ilmu. Da la pegi mesyuarat syarikat nanti kne berbual dalam bhase `omputih’.
Pucat lesi muka dalam `meeting room’ karang. Bak kate pepatah belajar la smpai ke ngara china,mksud nye bukan kte kne belajar smpai Negara china nun jauh sana. Org yg xberduit cam ner lak nk blajar kalau kne pegi negara china sana. Mmg x berilmu la kte. Maksudnye, kte kne bersungguh-sungguh menimba ilmu smpai ke menara gading. Da tau kn menara gading mksud nye apa? Xyah la trangkn ea. Hekhekhek.. ilmu memang terlalu penting untuk masa sekarang nie. apa-apa perkara pon kte kne pertahankan dan penting kan ilmu dlu k. So, jgn lepaskan peluang untuk belajar rebut la peluang yang ada nie untuk belajar dan menimba ilmu sehigga Berjaya.
by : zaiton
Tidak dapat dinafikan bahawa bekerja juga memberikan manfaat kepada individu tertentu namun begitu adalah lebih elok jikalau dia dapat juga menyambung pengajiannya setelah dia dapat mengumpul sedikit wang dan kekuatan untuk kegunaan dia waktu pengajian kelak. Ada dikalangan mereka ini sebenarnya bukan tidak mahu menyambung pengajian mereka tetapi atas masalah kewangan yang membataskan mereka untuk memilih menyambung pengajian mereka setelah mereka mempunyai sedikit simpanan dan dengan cara begitu mereka tidaklah membebankan ahli keluarga mereka sekaligus dengan cara bekerja dahulu ini dapatlah mereka menyambung pegajian mereka dan dalam erti kata lain mereka sebenarnya sedang mengumpul kekuatan untuk lebih bersedia untuk menyambung pengajian mereka.
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
"menuntut ilmu hingga ke negara China"
peribahasa atau penyataan di atas seringkali didengar oleh masyarakat dunia bahkan negara kita mahupun masyarakat kita juga tidak terlepas dalam menerima tempias fenomena ini sekaligus menggunakan ayat ini sebagai pembakar semangat untuk terus-menerus dalam menuntut ilmu walaupun baru saja menamatkan sarjana ataupun doktor falsafah sekalipun.
bagi segelintir masyarakat dunia menganggap bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang amat luas dan hal ini tidak dapat dinafikan lagi kerena sesungguhnya Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Namun begitu firman ALLAH TAALA ini bukanlah hanya membawa maksud kepada ilmu agama semata-mata kerana ilmu ini tidak boleh dikelaskan secara khusus bagi mengkelaskan ianya adalah sesuatu yang terlalu sukar cuma apa yang ada hanyalah ilmu itu hanya teori atau praktik ataupun ilmu itu harus dipraktikkan selepas seseorang itu menerima ilmu secara teori. Nah disinilah peranannya mengenai tajuk yang kita mahu bincangkan bersama mengenai SYUDY OR WORK ? tidak salah bagi seseorang itu untuk memilih untuk bekerja namun begitu biarlah kita memasuki alam pekerjaan itu dengan sijil iaitu ilmu atau dalam erti kata lain dimana kita haruslah belajar keperingkat yang lebih tinggi contohnya diploma sekurang-kurangnya. Hal ini kerana jika kita hanya belajar dan menamatkan proses pembelajaran dalam diri kita hanyalah di peringkat sijil pelajaran Malaysia (SPM) semata-mata adalah sesuatu yang amat tidak memadai kerana pada peringkat ini kita tidak akan dapat untuk meningkatkan lagi kewangan kita kerana secara logiknya dengan pendidikan kita setakat SPM sudah pasti gaji kita juga akan setimpal dengan pendidikan kita. Lantas itu bagi saya dengan continue study adalah lebih baik daripada kita terus bekerja setelah tamat SPM. Setelah menamatkan pengajian kita ke peringkat yang kebih tinggi bolehlah kita bekerja dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah segala ilmu yang dipelajari secara teori itu dapatkah di pratikkan semasa bekerja itu nanti. Walaubagaimanpun pendidikan atau proses bagi kita untuk mengejar ilmu bukanlah tamat disutu sahaja kerana ilmu ini amat meluas walaupun kita sudah bekerja tetapi apa salahnya mengambil kursus pengajian separuh masa di IPTA/IPTS yang menawarkan pengajian separuh masa ini maka pada masa yang sama dapatlah kita mencari pendapatan sambil kita menuntut ilmu agar kita dapat memantapkan lagi diri kita dalam dunia kerja yang seba moden ini dan mencabar dan sudah semestinya kita harus mengikuti arus pemodenan didalam kemajuan peralatan dan juga sistem syarikat yang kian hari kian berkembang. Tambahan pula sebagai orang islam kita sudah semestinya menuntut ilmu ini adalah fardu wajib bagi kita sesuai denga hadis yang ke-20
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
keterangan dari sabda Rasulullah adalah seperti yang berikut:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sesuatu pekerjaan itu tidak dapaat dijalankan dengan sempurna tanpa ilmu yang cukup dan ilmu itu biarlah bersesuain dengan bidang pekerjaan seseorang itu. Nahsudah geharu cendana pula sudah tahu bertanya pula jelas bahawa menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah langkah atau pilihan yang terbaik sebelum bekerja dan mendapat pekerjaan yang boleh menjamin masa depan anda. Namun begitu ini adalah pendapat saya semata-mata dan pendangan setiap individu semestinya berbeza-beza walau apa sekali pun pandangan anda mohon di komen di sini ya jangan di luar blog ini nanti boleh kite share pendapat masing-masing okey adios amigos...wassalammualaikum w.t.b...
BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson
BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson
Study or work ?
Dalam dunia ini semua pekara semua perbuatan menggunakan duit. Dengan duit ini kita boleh melakukan apa sahaja. Untuk menguruskan wang dengan cekap kita memerlukan bimbingan orang yang berpengalaman dalam bidang kewangan. Kaitannya dengan study or belajar ialah kita boleh dapat mengimbangkan ekonomi Negara. Dan dapat mengurangkan kadar pemborosan.
Belajar ? . apa yang dimaksudkan dengan belajar ialah menambahkan ilmu pengetahuan yang luas skaligus menunaikan ibadat islam. Dengan pelajaran yang ada dalam dada kita boleh mengurusakan segala urusan dengan lancer terutama dalam bidang kewangan. Masyarakat zaman sekarang kebanyakan melakukan pembaziran wang. Justeru dalam keadaan belajar kita perlu mempelajari ilmu kewangan agar kita tidak alpa dengan duniawi. Mempelajari hal kewangan juga membantu kita menguruskan wang perbelanjaan seharian kita terutama kepada pelajar-pelajar IPT . mereka memerlukan wang banyak untuk menguruskan pelajaran mereka kearah yang lebih selesa. Oleh itu, kita perlu mempelajari ilmu kewangan selain dari ilmu yang wajib. Jika kita ada kepandaian dalam jurusan kewangan orang sekeliling akan pandang tinggi terhadap kita dan mudah mengeratkan silaturahim sesama manusia.
Kerja ? kerja juga adalah tanggungjawab atau tugasan yang digalaskan kepada semua manusia yang hidup didunia ini. Jika kita tidak berkerja orang tidak akan pandang kepada kita kerana kita mempunyai kerja. Sebelum kerja kita akan mendapat pelajaran yang sekucupnya kerah keraj yang lebih elok. Dengan kerja kita akan mula meguruskan wang hasil titk peluh kita sendiri. Di situlah kita akan belajar menguruskan wang dengan sebaiknya. Kabaikan bekerja ialah kita mampu mengumpulkan wang dengan sebanyak yang mungkin. Dan dengan wang itu kita boleh melabur saham. Dengan bekerja kita tidak akan membebankan lagi tanggungan ibubapa kita kepada kita. Malah kita boleh membantu mereka meringankan bebabn yang mereka tanggung. Dan kita membantu adik-adik kita yang masih belajar lagi …
STUDY OR WORK?????
1)Mestilah saya pilih untuk study sebab waku-waktu study laa banyak kenangan yang menyeronokkan ..BETUL X????? emang betul laa… ylaaa klau study kan banyak dapat duit ..hehehe .. cuba korang tengok orang yang berkerja . dieorang tak ada masa yang banyak nak pergi jalan-jalan. Asyik kerje x bosan kew??? Lagipun penat belajar dengan krje berbeza. Serius x tipu… ingat balek pengalaman bekerja masa lepasan SPM ,saya yang tergelak sendiri mane x nye.. seminggu je bertahan kerja kilang. Hahaha… penat 2..rase nak tercabut je kaki masa 2.. tapi masih ada lagi sampai sekarang.
Tapi korang jangan laa jadi macam saya yee… sejak berhenti krje kilang 2.. sya krje tau bukan dok umah je.. nak thu x krje ape?????? Krje sebagai promoter je at pasaraya TEN TEN. Dekat situ laa saya bertahan lama.just cari pengalaman. Tup..tup… saya dapat tawaran Form 6. , sejak 2 laa saya berhenti kerja.
Tu semua angan-angan je, saya x pergi pown Form 6 tu sebab xminat dan pernah cakap emang xnak masok sekolah tu lagi. Akhirnya keputusan diambil iAlah masok ke IPTS iaitu INSTEDT duniaku.. ..
by : siti zulaiha
Sunday 16 September 2012
kami masih baru dalam blog
assalamualaikum,,saya ahli dalam kumpulan saya..nk cter ckit psal blog nie.cam ner ley ad blog kmpulan assgmnt nie erk?? huhuhu..cam nie cter nye,,blog nie sbenarnye wat ad markah.mrkah assgmnt dalam subjek perakaunan kewangan.xtrfikir pon psal blog nie.ttbe miss ktowg soh wat blog..miss ktowg nie mmg sporting ske ktwe,hehe..nme nye miss suhana bte abd ghani..Erm,tapi..dy soh wat blog psal akaun la.bkan wat blog utk ske2..tajuk yg dy bg utk kmpulan ktowg ialah kerja atau belajar.agk2 kowg,mne yg ptot?? kte tggu entry atau post ahli ktowg bg ok..itu saje utk ari nie..wasalam...
semoga terhibur dengan blog kami :)
Subscribe to:
Posts (Atom)