“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia
telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Saturday 22 September 2012
Friday 21 September 2012
secara amnya apabila sesebuah keputusan telah di buat dan
keputusan yang telah dibuat itu telah dilaksanakan maka secara tidak langsung
segala kejadian selepas itu adalah tidak wajar untuk di sesalkan bak kata
pepatah sesal dulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna...
didalam era yang penuh pancaroba ini kita seharusnya bijak
untuk mengatur langkah dan juga strategi untuk masa depan yang cerah. Jika di
bayangkan sekirannya pendidikan seseorang itu tidak dapat menjamin masa
depannya bagaimanakah seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang serba
mencabar ini ditengelami arus pemodenan ini. Telah nyata bahawa dengan
pendidikan sahajalah mampu untuk memacu seseorang itu untuk menggapai segala
angan dan impian selama ini. Oleh itu bagi saya adalah amat digalakkan untuk
kita semua untuk menyambung pengajian terlebih dahulu kerana kerja tidak akan
pernah lari sesuai dengan kelulusan kita ,sementara itu menyambung pengajian
akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak memulakan nya dari usia muda lagi
kerana bagi saya jika kita dalam usia yang terlalu berusia mahu menapak dalam
pengajian pada tahap Diploma atau sijil adalah perkara yang mustahil, namun
begitu jika seseorang itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi dari SPM contohnya sijil atau Diploma sudah pasti dia boleh menyambung
pengajian dalam sarjana muda walaupun sudah bertahun-tahun seseorang itu
bekerja.
Namun begitu sebagai insan yang beragama islam tuntutan
untuk menuntut ilmu yang hanya mencari keuntungan kepada unsur dunia adalah
tidak sepatutnya di amalkan oleh kita sesuai dengan hadis dibawah :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى
بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ
وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا
لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ
الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ
الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو
داود وابن ماجه)
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang
tujuannya untuk mencapai keredhaanAllah,
sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatubahagian
dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau
syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
penerangan:
Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan
mendapat habuan dunia, buruk padahnya.
oleh yang
demikian ilmu itu sebenarnya terlalu rahsia sehinggakan tidak dapat di kongsi
atau dirungkai oleh manusia biasa
seperti kita secara mutlak atau dalam erti kata lain bahawa ilmu it
adalahlah milik ALLAH. sebagai khalifah di bumi ini hendaklah kita menuntut
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat agar diri ini sentiasa selamat dari segala ke
jahilan mengenai sesuatu perkara. Setelah ilmu itu penuh didada baharulah tiba
masanya untuk kita menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan juga yang
terbaik bagi setiap bidang yang kita ceburi. Tuntasnya kerja dan juga belajar
adalh sesuatu yang tidak boleh dipisahkan belajarlah kita bagi menjamin masa
depan dan juga masa depan di akhirat kelak jangan pula di lupakanj begitu
sahaja. Oleh itu jangan pernah utuk berhenti menaruh harapan untuk menyambung
pengajian kita walaupun pada masa tersebut kita sudah berada dalam jawatan yang
begitu yang disegani kerja juga adalah merupakan perkara yang wajib untuk kita
laksanakan agar kita dapat berbakti dan juga dengan bekerja ini dapatlah kita
menampung kehidupan yang penuh dengan cabaran ini dan kita akan lebih bersedia
dengan pelbagai kemungkinan yang akan mendatang apabila kita mempunyai
pekerjaan yang menjamin pekerjaan dan semua itu pokok pangkalnya adalag bermula
dengan pendidikan atau pengajian kita.
BY: JACKSON @ Muhammad Aiman Danieal Jackson
Thursday 20 September 2012
heyyyyyyy...
jumpa lagi kite kt blog ni jgak,hhehehe ,kali ni sye nk ckp sikit
sal perskitaran belajar atau kerja kite,first msty la nk persekitaran
yang sesuai,Kalau nak
bekerja atau belajar pastikan persekitaran bersesuaian dengan
pekerjaan yang hendak dibuat. Kalau boleh biar selesa tapi jangan
sampai terlampau selesa…selain itu
Sediakan
peralatan yang akan digunakan,Pastikan semua peralatan yang akan
digunakan disediakan terlebih dahulu. Pastikan juga semua peralatan
tersebut mudah dicapai. Kenapa perlu dekat dengan kita? Supaya fokus
kita tidak terganggulah.Jauhkan semua gangguan yang boleh menyebabkan
kita hilang fokus. Contoh? Tutup web browser, tutup telefon bimbit
dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan..
blajarlah.....Ilmu
itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga
harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu
kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. So
ingt la belejar dan kerja penting.. belajar untuk menambah ilmu yg
tidak cukop pai bile2, manakala kerja dilakukan untuk mencari rezeki
yg halal..ini jew yg dpt sye wt tok mse ni,, jmpa lagi di mse dan hari yang len ae.. papai.. wslm
By
:Maya sulastri
kerja
atau belajar??
bagi
awk smua mana lagi best..kerja,kerja,kerja atau belajar,belajar,belajar..*errr..saya tak nak dua-dua..nak
shopping n happy je..heehee..pada saya kita belajar untuk bekerja..tapi
kadang apa yang kita belajar tu tak sama dengan kerja yang kita
lakukan..betol tak,btol tak..kadang-kadang ada lulusan tinggi-tinggi pun susah
nak dapat kerja..kalau ambil course doktor tu insyaAllah la dapat
kerja,tpi sye x minat dokter eee ngeri la tngok darah...hurmmm..bila
dah kerja rindu pula nak study balik..macam mana ni..kalau tak
belajar tinggi-tinggi susah pula nak dapat kerja..even tukang sapu
sampah pun dia nak kelulusan SPM..belum lagi jawatan yang
tinggi..kalau zaman dulu-dulu , kalau ada minat senang je dapat
kerja..kalau dulu budak kampung dapat masuk universiti..kecoh satu
kampung..kalau boleh nak berarak satu kampung..tapi sekarang budak
kampung dapat masuk unversiti..hurmmm..perkara biasa je..malahan
budak kampung lagi banyak masuk universiti sekarang ni..*jangan
pandang sebelah mata dekat budak kampung ye kalian..pandang pakai dua
belah mata k..sekarang ni nak masuk universiti kena pandai pilih
course..kena la cari yang ada peluang kerja yang banyak..ini
memudahkan kalian bila dah habis belajar tak la jadi penganggur tahap
pertama dekat rumah hahahaha ..saya pun tak tahu lagi habis diploma ni nak
continue degree or kerja..kalau korang nak pilih yang mana..*kawin
jela senang..hehehhe kursus kawin pown da ade....kidding...maybe habis
diploma..kerja kejap...then continue with degree. amin insaAllah..doakn ye.. :)
By :
Maya Sulastri
Bila korang tengok tajuk ni mesti korang dah tau pasal apa
kan.. Antara sambung belajar dan terus bekerja.. mana satu menjadi pilihan
anda?
Cerita ini atas dasar pengalaman saya dalm memilih sama ada
berkerja atau belajar.
Dalam situasi saya, saya sedang bekerja.. dan dalam masa
yang sama, minggu depan (28 march 2011) akan keluar keputusan SPM/UPU lepasan
STPM/Diploma.. saya nie takde la pandai mana pun.. Takat baru abeh SPM je itupon belom dapat tahu keputusanya lagi..
Macam dalam dilema, tapi takdelah dilema mana pun sebab saya tengah seronok
bekerja…haha..
Ramai juga yang cadangkan saya belajarsambil kerja part time.. Tapi kerja saya sekarang memang tak mengizinkan untuk saya
belajar pada hujung minggu.. Kerja di swasta cuti tak tetap.. Kalau kerja
kerajaan, memang senang nak sambung belajar..
Zaman sekarang memang perlukan degree.. Tapi nanti bila dah
dpt degree, nak kena susah payah balik cari kerja.. Tapi tak mengapa, tak perlu
pikir lagi sebab tunggu sahaja keputusan UPU..haha! Nak tengok kena ‘loteri’ ke
tidak..haha!
Dalam situasi ini juga ramai yang member pendapat untuk saya
sambung belajar. kata mereka biar kita ada segulung sijil untuk masa hadapan.
Maklumlaa sekarang ini kerja mana nak pakai sijil SPM lagi.. semua nak
menggunakan sijil IPT atau KEMAHIRAN.
Jiga kita ada sijil iti macam-macam boleh kita dapat. Dalam
waktu belajar kita perlu mempertimbangkan kos kewangan .. kerana dalam belajar
juga kita memerlukan wang yang banyak. Lagi-lagi kalau kita belajar dekat
swasta.. kalau kerajaan boleh dapat duit sara hidup.. siapa yang mampu kn J ..
memang semua orang nak belajar tapi bila pikir pelaburan wang ,,, huhhhhhh tak
sanggup kot kn ..
by : siti zulaiha
Subscribe to:
Posts (Atom)