Tidak dapat dinafikan bahawa bekerja juga memberikan manfaat kepada individu tertentu namun begitu adalah lebih elok jikalau dia dapat juga menyambung pengajiannya setelah dia dapat mengumpul sedikit wang dan kekuatan untuk kegunaan dia waktu pengajian kelak. Ada dikalangan mereka ini sebenarnya bukan tidak mahu menyambung pengajian mereka tetapi atas masalah kewangan yang membataskan mereka untuk memilih menyambung pengajian mereka setelah mereka mempunyai sedikit simpanan dan dengan cara begitu mereka tidaklah membebankan ahli keluarga mereka sekaligus dengan cara bekerja dahulu ini dapatlah mereka menyambung pegajian mereka dan dalam erti kata lain mereka sebenarnya sedang mengumpul kekuatan untuk lebih bersedia untuk menyambung pengajian mereka.
No comments:
Post a Comment